Thursday, January 14, 2010

Tanda - Tanda Kehamilan

1.Payudara terasa ‘membengkak’ dan sedikit nyeri

Salah satu tanda awal dari kehamilan adalah rasa nyeri/sensitif pada payudara bila disentuh. Ini disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon dalam tubuh. Rasanya mungkin lebih sakit dari yang anda biasa alami sebelum datang haid. Rasa tidak selesa ini akan berkurangan setelah trimester pertama, dalam masa yang sama tubuh sedang menyesuaikan dengan perubahan hormon.



2. Cepat rasa letih

Anda rasa sangat lelah secara tiba-tiba?
Tidak ada yang tahu secara pasti apa yang menyebabkan kelelahan pada awal kehamilan. Tapi ada kemungkinan terjadinya peningkatan kadar hormon progesteron yang menyebabkan anda mengantuk.Anda akan merasa lebih bertenaga setelah anda menginjak trimester kedua. Walaupun rasa lelah biasanya kembali datang pada bulan-bulan akhir kehamilan ketika anda membawa beban lebih berat dan rasa tidak selesa juga biasa terjadi pada masa kehamilan yang membuat anda susah untuk tidur dengan nyenyak.



3. Perdarahan/flek

Beberapa wanita mengalami sedikit perdarahan sekitar 11 – 12 hari setelah terjadi pembuahan (dekat waktu anda terlambat datang bulan). Perdarahan ini mungkin disebabkan oleh sel telur yang telah dibuahi masuk kedalam lapisan yang kaya akan darah di uterus anda. Proses ini bermula 6 hari setelah pembuahan, tetapi tidak ada seorang pun yang tahu dengan pasti.Perdarahannya tidak banyak (nampak seperti noda merah, pink atau agak kecoklatan) dan berakhir dalam 1 – 2 hari (SEGERA beritahu doktor anda bila anda mengalami perdarahan, apalagi bila ia diikuti rasa sakit kerena ini adalah merupakan tanda dari kehamilan ectopic (biasa disebut hamil di luar kandungan).



4. Mual dan Muntah

Kalau anda seperti wanita pada umumnya, morning sickness tidak muncul sampai 1 bulan setelah pembuahan. (beberapa yang beruntung tidak mengalaminya sama sekali…seperti saya…). Tetapi beberapa wanita merasa mual lebih awal. Dan itu tidak hanya pagi hari, kehamilan dengan mual dan muntah dapat terjadi pagi, siang atau malam.Kira-kira 50% wanita hamil tetap merasakan mual-mual sampai pada awal trimester kedua. Dan sebagian lagi yang lain perlu beberapa bulan sampai rasa mualnya benar-benar hilang.



5. Meningkatnya sensititiviti terhadap bau

Kalau anda pertama kali hamil, tidak hairanlah kalau anda menghindari bau kopi atau aroma lain yang menyengat. Walaupun tidak ada yang tahu secara pasti, ini mungkin terjadi akibat dari meningkatnya kadar estrogen di tubuh anda. Anda juga mungkin akan menemukan beberapa makanan yang biasanya anda suka tiba-tiba jadi ‘aneh’ rasanya.



6. Perut Kembung

Perubahan hormon pada awal kehamilan membuatkan anda merasa kembung, sama seperti pada beberapa wanita sebelum datang bulan. Itu sebabnya baju anda terasa sesak dari biasanya di bahagian pinggang, walaupun kandungan anda masih kecil.



7. Sering Buang Air Kecil

Apabila anda hamil, anda akan menyedari bahawa anda kerap ke bilik air. Kenapa ya? Ini terjadi kerana semasa proses kehamilan, jumlah darah dan cairan tubuh meningkat sehingga cairan yang diproses di ginjal juga meningkat dan akhirnya ke kantung kencing anda.Gejala ini biasanya muncul awal minggu ke-6 sampai trimester pertama seiring dengan proses kehamilan dan pertumbuhan bayi yang semakin menekan kantung kencing anda.



8. Terlambat Datang Bulan

Jika anda kebiasaanya haid anda datang secara cukup teratur dan bulan ini anda ‘terlambat’, anda boleh test kehamilan walaupun anda belum merasakan ada tanda-tanda kehamilan seperti yang saya sebutkan tadi. Tetapi jika haid anda tidak teratur atau anda tidak terlalu memperhatikan kitarannya, rasa mual-mual, payudara yang terasa mengencang dan kerap ke bilik air boleh menandakan kehamilan.



9. Suhu tubuh naik

Jika anda sering mengukur suhu tubuh anda dan anda melihat bahawa suhu tubuh anda tetap naik selama 18 hari, anda mungkin hamil.



10. Pembuktian: Hasil test kehamilan di rumah

Biasanya anda boleh melihat tanda positif atau negatif kehamilan anda pada alat testpack, tetapi ada testpack yang tidak cukup sensitif membaca tanda kehamilan sampai kurang lebih seminggu setelah terlambatnya datang bulan. Jadi jika anda memutuskan untuk melakukan test lebih awal dan hasilnya negatif, cuba lagi beberapa hari berikutnya. Jika anda ‘akhirnya’ mendapati hasilnya positif, segeralah berjumpa dengan doktor.